Monday, June 03, 2013

Monday blues kah aku?

Bangun pagi kepala sakit yang amat. Tak larat betul. Isk..Monday blues kah aku? Oh tidakkkkkkk!! Wait seminit! Ni bukan Monday blues ni. Daripada kepala ke tengkuk sampai ke bahu semua rasa sakit. Sobsobsob :-(

Hokeyyy...That's it lah! Dengan tanpa prejudis (chewaahh!), i texted my manager to inform her that i need to be on MC. Lepas tu makan 2 biji panadol actifast, ambil minyak cap kapak (minyak angin peberet ku) and lumur satu kepala. Berangin-angin kepala. Lepas tu lumur pulak kat tengkuk and bahu. Lepas tu? Tarik selimut balik. Krohhhhhhh...ZzzzZzzzz.. Bangun-bangun dah pukul 11am. Terkejut aku. Terus rasa sakit balik kepala. Tapi tak lah seteruk pagi tadi. Cepat-cepat bangun cuci muka buat apa yang patut and rushing pi clinic. Ye lah..Kang susah pulak kalau dah lewat sangat kan. 

Sampai di clinic, tak ramai orang. Alhamdulillah..Sekejap je tunggu dah sampai giliran. Masuk dalam jumpa Dr Nik. Lembut je orangnya. So ada lah sesi soal jawap sikit dengan doctor and doctor pun check blood pressure. Conclusionnyer, aku bukan migraine rupanya..hehehe..Pagi tadi ingatkan aku kena migraine. Rupanya symptom sakit kepala lebih kepada ketegangan. What??!!?? Stress??!!?? Hahahaha..Ambik ko! Untuk elakkan atau kurangkan daripada berulang, tidur kena secukupnya sahaja. Maksudnya, tak boleh terlebih atau terkurang. Then kena buat aktiviti-aktiviti riadah jugak and macam-macam lagi lah. InsyaAllah, will put an entry on this topic bila berkesempatan nanti. Dalam hati aku, isk..tak boleh jadik ni..kena ubah gaya hidup ni. Haru betul..

So korang, stay away from stress ye..i'm giving this note to myself too.. 

Maka dengan ini, hari ini saya MC..Sekian..


No comments:

Post a Comment

linkwithin