Monday, June 10, 2013

Instanbul Aku Datang!!! Tungguuuuuuuu.....!

Alhamdulillah...TQ Allah kerana mempermudahkan segala urusan booking & bayaran kami bercuti ke Turki bulan September ni. Excited..Suspender..Nerbess..Semua ada..hahaha..Mau tak.. For the past 5 years, tiap kali memikirkan untuk kumpul duit and bercuti ke luar negara, Turki memang top 3 in my list. Semenjak terbaca tentang bagaimana hebatnya Kerajaan Islam Turki iaitu Kesultanan Uthmaniyyah dan bagaimana kerajaan yang hebat ini boleh jatuh seterusnya berada dalam pemerintahan Kamal Artartuk untuk sekian lama, hati ni nak sangat pergi sendiri ke Turki and tengok sendiri negara yang kaya dengan sejarah Islam ni. 

Tapi recently dengar pulak cerita pasal tunjuk perasaan i.e. protes jalanan yang bertukar kecoh berkenaan dengan pembinaan shopping mall di Gezi Park. (tapi ini semua dakyah putar belit alam mereka yang anti pemerintahan kerajaan pimpinan Erdogan. Boleh baca lebih lanjut di link bawah).  Isk..macam mana ni..sempat tak keadaan reda & selamat sebelum September ni & kekal aman selepas tu. Risau tau..

Tapi tadi masa menyibukkan diri skodeng FB wardina, nanmpak la FB post dia. Rupanya dia & anak-anak ada buat shooting Al-Hidayah untuk slot raya tahun ni di Istanbul. Alhamdulillah, okay je semua post Wardina tu. Nampak keadaan kat sana selamat. Rupanya Wardina pi sana dengan krew Al-Hidayah untuk share cerita pasal kegemilangan Kerajaan Uthmaniyyah. Owhh! I can't wait..Toingggg!!! Lompat tinggi-tinggi sambil kaki lentik keatas..hahaha!

And just now, google-google lagi pasal keadaan semasa Turki. Saja je nak dapatkan clearer picture apa sebenarnya yang dah berlaku..and i stumbled into this blog http://sozcyili.blogspot.com/2013/06/protes-jalanan-di-turki-satu-pencerahan.html which help me to understand what is happening in Turki sebenarnya amd keadaan politik and ideologi kat sana buat masa sekarang. 

Alhamdulillah, lepas baca apa yang di share oleh blogger sozcyili, lagi relief la kan. Semoga Turki terus aman and kegemilangan Islam kembali semula di Turki seperti zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Blue Mosque, Turki

xoxo,
fadh hassan

1 comment:

linkwithin