Monday, July 22, 2013

Perkongsian Ramadhan - Masjid Assyakirin, KLCC


Bila ada kesempatan, me & fieza berbuka & terawikh di Masjid Assyakirin, KLCC. Sementara tunggu Maghrib, imam buat perkongsian Ramadhan. A few points / facts yang saya dapat and rasanya bagus untuk dikongsi:-)
  • Solat seorang mualaf yang tidak pandai mengaji tetap diterima Allah walaupun dia hanya membaca alif, ba, ta atau apa-apa bacaan yang dia tahu sahaja dan terus berusaha untuk memperbaiki diri termasuklah mengaji dengan betul.

  • Kalau korang perasan, sebelah masjid Assyakirin KLCC tu tengah ada construction. Itu sebenarnya nak dibuat parking bertingkat dengan bilik-bilik belajar and tempat berwudhuk sumbangan dari seorang hamba Allah, pak arab dari Qatar. Dia beli tanah tu dari Petronas and wakafkan and bagi lagi duit untuk bina semua tu. Ya Allah, besar pahala dia dapat. Semoga Allah luaskan lagi rezeki untuk dia.

  • Untuk ibu bapa yang bawa anak-anak ke masjid bersolat terawikh, kalau anak-anak masih kecil dan mungkin buat bising berlari dan sebagainya sehingga menggangu jemaah yang lain, ibu bapa boleh ambil giliran solat terawikh. Niat ibu bapa tu dah baik nak pupuk perasaan cintakan masjid dalam diri anak-anak dari kecil. Tapi pada masa yang sama kena ingat yang terawikh itu sunat tetapi menjaga anak-anak itu satu tanggungjawab. (p/s: ada tak masjid yang ada nursery kat malaysia ni or kat mana-manalah masa terawikh?)

  • Kisah Imam Amad Bin Hanbal dengan seorang pembuat roti yang tidak pernah lekang dari bibirnya beristighfar kepada Allah - tidak ada satu pun doanya yang tidak Allah perkenankan termasuklah doanya hendak berjumpa dengan Imam Amad Bin Hanbal. Betapa kasihnya Allah pada hamba yang sentiasa mengingatinya dan memohon keampunannya.

Masjid Assyakirin, KLCC



XOXO, Fadh Hassan

Sunday, July 07, 2013

Siti Nurhaliza in Symphony Live with the Malaysian Philharmonic Orchestra 5 -7 July 2013

Alhamdulillah..Puas hati! Memang terasa berbaloi dengan harga tiket yang dibeli. Konsert CT ni berlangsung selama 3 hari berturut-turut 5 - 7 July 2013. Tapi saya pilih untuk pergi pada hari pertama, 5 July 2013. cuma baru sekarang berkesempatan nak kongsikan di blog. Sorry sangat-sangat..huhuhu..



Konsert start on time, 8.30pm. Pemain-pemain orchestra masuk dulu dalam hall diikuti Kevin Field, the conductor. Lepas tu masuklah CT. Toingggggg!!! Cantiknya lah. Macam anak patung. Tapi to my surprise, kurus rupanya dia ni. Dalam magazine & TV nampak berisi. Tapi live kurus la pulak..

Kena betul lah nyanyian CT dengan orchestra tu. Terbuai-buai perasaan. Hahahah..Semua pun best tapi susunan yang paling saya suka:

1) Medley P.Rmlee - Malam Bulan Dipagar Bintang
2) Biarlah Rahsia
3) Senandung Semalam
4) Medley - Ku Mahu, Balqis, Ya Maulai
5) Terasing
6) Purnama Merindu
7) Muara Hati

Eh! Macam semua je nih..Hahahhaa...

Okay, full list untuk malam tu Plus 1 Bonus Song CT bagi as an appreciation and takde dalam list iaitu Muara Hati. She went solo lah. Hafiz takde.


Kata CT, lepas ni dia maybe buat full tradisional concert. Confirm saya nak pergi! InsyaAllah kalau diizinkanNya:-) . Diam tak diam dari lagu Kau Kekasihku ke interval 20 minit sambung balik Cindai tup tup dah last song, Medely Ku Mahu, Balqis and Ya Maulai. Huhuhu.. Macam tak puas je..Sedih..then CT tambah bonus song, Muara Hati. Lepas habis lagu tu memang dia dah tak tambah dah apa-apa lagu. Katanya datang lagi esok & lusa kalau tak puas dengar dia nyanyi.. Then audience pakat jawap ticket dah habis. Hahahaha..Tapi kalau tiket ada lagi pun saya tak dapat la nak beli lagi. Cukuplah peruntukan untuk hiburan yek. Eh..Ini my personal view. Orang lain mungkin beli lagi kot. Tak salah pun kalau memang ada duit lebih kan. 

Okay, gambar- gambar yang dapat di share sementara abang2, adik2 & kakak2 MPO tu datang berlari kedepan kami semua and says, No Camera! No Camera!. Iskk...sepanjang-panjang konsert korang dok sibuk no camera, no recording no everyhting lah kan. Dah habis konsert CT nak babai-babai kitaorang pun korang marah ambil gambar. hahaha..Takpelah diaorang semua buat kerja masing-masing. Dah memang macam tu peraturannyer so diaorang just buat kerja diaorang je lah and begitu juga lah kami peminat-peminat CT baik yang fanatik tak fanatik, bila dah pergi konsert CT live kami buatlah kerja kami jugak iaitu wajib nak snap gambar CT kan. Hehehe,...janga marah yek.. yelah, kami ni bukannya penonto VVIP yang ada bilik khas lepas konsert boleh jumpa CT ambil gambar semua kan. Still though..ambik gambar je pun..serius saya tak paham MPO nih..derrrrrrrrrr...

Enjoice the picture!

p/s: CT sebenarnya pakai dua persalinan. Baju yang mula-mula blue color ala long dress jugak. Sorry takde gambar:-)





XOXO,
Fadh Hassan

Thursday, July 04, 2013

Siti Nurhaliza in Symphony... Tungguuuu!

After so much deliberation made to me..myself..hehehe...



Finally kan...Alhamdulillah ada rezeki dapat beli tiket ni last minute. Suka sangat! Concert ni akan berulang selama 3 malam. 5th July 2013 (Friday) to 7th July 2013 (Sunday) di Dewan Philharmonic Petronas. Makanya, i pilih la pi concert tu Jumaat. Senang la kan lepas kerja terus pergi. First time pi concert CT ni on opening nite. Biasa pi on closing nite and so far bila pi time closing nite mesti ada Tun Dr M & Tun Siti Hasmah. 

Nasib baik la ada tiket lagi. Masa nak buat online purchase tu, ada 5 seats left. Semuanya tiket RM330 je. what to dooo...huhuhu...Lepas beli bila saja-saja check balik tengok all sold out. Amboi..Cepat betul..and masa saya pi collect ticket kat box office counter, adik tu cakap ketiga-tiga hari dah sold out untuk all prices. Oh ya, tiket dijual antara RM150, RM250, RM330 & RM400 bergantung kepada seats' location. Based on my past experiences tengok concert CT ni memang worth the ticket price lah. InsyaAllah memang berbaloi. Mesti puas hati. Mmm..tak tau lah camne nak explain tapi tengok & dengar kat TV memang tak sama dengan tengok & dengar live masa kat concert. 

Ohh..Tak sabar betul! Cepat lah Friday! Esok je pun;-)




XOXO,
Fadh Hassan

Wednesday, July 03, 2013

Alhamdulillah...TQ Allah..Happy Birthday Fadh Hassan!

2nd July 2013 :-) Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah yang masih mengizinkan aku untuk terus bernafas di bumiNya yang luas dan indah ini..Semoga Kau berikan aku kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan dikurniakan barkah rezeki yang luas. Semoga aku tidak termasuk dalam golongan mereka yang rugi dan berbuat sia-sia. Semoga hidup dan matiku dalam iman kepadaMu Ya Allah. Dan semoga aku dapat terus berbakti kepada kedua ibu bapaku dan berbuat kebaikan kepada mereka yang memerlukan.

Surprise birthday thoughts from FOXERS....hahaha..i was conned..and my bosses pun subahat sama..

FOXERS..mmm...ada 2 missing FOXERS lorr..Apa nak buat, sibuk meeting kan..But glad that they finally pop up before we ended the small makan-makan..Yeahh..Just in time kan:-)

Last but not least, thank you all for the wishes...FBians..SMARTians.. UITMians..

XOXO,
Fadh Hassan

Tuesday, July 02, 2013

Bekam @ Cupping

Dua minggu lepas saya buat bekam atau in English, it is called as 'cupping'. Yelah kan..Bekam sekarang memang guna bekas-bekas kecil comel yang nampak macam cawan tu. No more tanduk kerbau okay. Lepas tu tekap kat badan. Jadi lah 'cupping' kekdahnyer:-)

Jangan tak tau, Bekam ni suatu Sunnah yang sangat-sangat digalakkan. Hadis Rasullah SAW: Jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka Bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik.

Bekam bagus untuk keluarkan darah kotor yang ada toksid (racun) berbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Maksudnya, Bekam ni juga merupakan salah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat. Tapi ingat, jangan pulak main redah je buat Bekam ye. Orang yang nak buatkan Bekam tu kena la yang bertauliah i.e. yang belajar cara-cara Bekam dengan betul dan selamat and yang paling penting alatan yang digunakan untuk Bekam perlulah selamat.

Selain untuk keluarkan darah kotor, melalui Bekam juga kita dapat tahu penyakit-penyakit yang ada atau yang nak datang kat kita. Bagus betul lah. Cegah sebelum kena. 

Saya buat Bekam dengan kawan mak kat kampung @ Melaka. Nama makcik tu Rogayah. Siap bawak assistant lagi. Tapi lupa lah pulak nama kakak ni. Oh lupa pulak. Pesakit makcik Rogayah untuk hari tu ada 2 orang. Saya and my friend Fieza. Yang bestnya, makcik ni datang bagi service kat rumah. So kami tunggu jelah doctor datang rumah kan sambil berbaring-baring tengok TV & bergossip. Muahahaha...

Ini lah Makcik Rogayah & Menantunya..Nampak tak bag hitam tu? Haa...dalam tu semua barang-barang Bekam dia..Nampak sempoi je kan Makcik ni. Jangan memain korang..Certified 'Cuppers' ni..Hehehehe..

Kat KL ni kalau nak buat Bekam memang mahal lah. Ikut berapa banyak cawan atau point Bekam. Secawan atau satu point tu dalam RM 5 ke RM10 jugak lah kalau tak silap. Maknanya, lagi banyak darah kotor lagi mahal la lan. Tapi Makcik ni charge RM50 untuk satu badan and dia Bekam sampai darah kotor habis dalam 3 kali termasuk buang angin. Banyak point pulak tu. Belakang badan je penuh tak masuk kat tangan & lutut pulak lepas tu kan..Nak tengok sendiri punya kat belakang badan memang tak nampak la kan. Jeling yang si Fieza punya je lah.. Hehehe...tergelak-gelak tengok cawan-cawan Bekam tu melekap kat badan dia.

Lebih kurang camni lah rupanya badan kitaorang haritu..p/s: ni gambar hiasan semata-mata yer..

Lepas Bekam memang la ada kesan lebam and bekas parut tapi lama-lama hilang lah. Jangan risau ye. Mine within 1 week dah hilang bekas cuma ada 1 bulat je yang lambat sikit nak hilang.

Sakit ke tak? Alah macam kena gigit semut je.. Time dia cucuk-cucuk sikit dengan jarum. Tapi kalau yang jenis berwap banyak (air) memang tambah sikit lagi la pedihnyer..macam kena gigit kerengga..

Right after buat Bekam rasa letih sikit. Tapi esoknya memang rasa ringan badan.

Selamat Mencuba!

XOXO,
Fadh Hassan

linkwithin