Monday, July 22, 2013

Perkongsian Ramadhan - Masjid Assyakirin, KLCC


Bila ada kesempatan, me & fieza berbuka & terawikh di Masjid Assyakirin, KLCC. Sementara tunggu Maghrib, imam buat perkongsian Ramadhan. A few points / facts yang saya dapat and rasanya bagus untuk dikongsi:-)
  • Solat seorang mualaf yang tidak pandai mengaji tetap diterima Allah walaupun dia hanya membaca alif, ba, ta atau apa-apa bacaan yang dia tahu sahaja dan terus berusaha untuk memperbaiki diri termasuklah mengaji dengan betul.

  • Kalau korang perasan, sebelah masjid Assyakirin KLCC tu tengah ada construction. Itu sebenarnya nak dibuat parking bertingkat dengan bilik-bilik belajar and tempat berwudhuk sumbangan dari seorang hamba Allah, pak arab dari Qatar. Dia beli tanah tu dari Petronas and wakafkan and bagi lagi duit untuk bina semua tu. Ya Allah, besar pahala dia dapat. Semoga Allah luaskan lagi rezeki untuk dia.

  • Untuk ibu bapa yang bawa anak-anak ke masjid bersolat terawikh, kalau anak-anak masih kecil dan mungkin buat bising berlari dan sebagainya sehingga menggangu jemaah yang lain, ibu bapa boleh ambil giliran solat terawikh. Niat ibu bapa tu dah baik nak pupuk perasaan cintakan masjid dalam diri anak-anak dari kecil. Tapi pada masa yang sama kena ingat yang terawikh itu sunat tetapi menjaga anak-anak itu satu tanggungjawab. (p/s: ada tak masjid yang ada nursery kat malaysia ni or kat mana-manalah masa terawikh?)

  • Kisah Imam Amad Bin Hanbal dengan seorang pembuat roti yang tidak pernah lekang dari bibirnya beristighfar kepada Allah - tidak ada satu pun doanya yang tidak Allah perkenankan termasuklah doanya hendak berjumpa dengan Imam Amad Bin Hanbal. Betapa kasihnya Allah pada hamba yang sentiasa mengingatinya dan memohon keampunannya.

Masjid Assyakirin, KLCC



XOXO, Fadh Hassan

No comments:

Post a Comment

linkwithin