Gigi geraham bongsu yang aku dah bela since first year degree..uh...lama tuh! Dah banyak kali berulang-ulang sakit & latest one sakit balik before pergi Turkey. Akhirnya gagahkan jugak la nak cabut. Tapi disebabkan ada sikit problem gigi ni tak dpt nak dicabut camtu je. Kena buat minor surgey sikit coz gigi yg berjaya menyempit keluar tu dah melekat rapat dekat tulang. Jangan tanya camne sebab aku pun tak pasti and tak nak amik tau sangat masa doc explain sebab kaki tangan ni memanjang je sejuk and lemah gitew rasa bila masuk jumpa dentist. Aku memang penakut jumpa dentis dowh! Time kecik dulu semua gigi cabut sendiri hokey..manual lagi..pasal takut nak jumpa dentist.
Okay..tak kuasa nak cerita banyak pasal experience cabut wisdom tooth ni pasal bila teringat je aku rasa ngilu satu badan. Pada korang-korang yang nak buang wisdom tooth, nasihat aku sila teruskan hajat anda. Tak sakit pun prosesnye tu. Awal-awal dah disembur ubat kebas. Lepas tu cucuk bius pulak 2 jarum kat gusi & 1 jarum kat pipi dalam. Lepas tu tak rasa apa dah..tapi memang boleh dengar la doc tu godek-godek...tekan..korek..segala macam..eeeee.....ni yang buat ngilu nih.
Lepas dah siap still tak sakit. Yelah kan ubat bius jalan lagi. Aku siap singgah isetan shopping. Tapi tak lama lah pasal even tak sakit tapi rasa payah nak bercakap, tak dapat nak bukak mulut sangat. So aku pun balik je lah.
Tapi...bila senja menjelma..bila ubat bius dah hilang...ambikkk...hikhikhikk...relaks brother..brother relaks..korang telan je lah pain killer. Habis cerita..
My wisdom tooth yang diselaputi darah..nurse bagi so aku ambil je lah..nak buat apa dgn gigi ni aku pun tak tau..buat azimat?? Nayyyy!!!!
Xoxo, fadh hassan
No comments:
Post a Comment