weeee...we went to
Vietnam for 2 Days 1 night stayed somewhere in July. Tapi masa tu belum
ada blog so tak dpt nak share the experience with you all. Since now i
have a blog and this evening i was sorting picture folder for printing,
terpikir why not share the journey story dgn u guys. Very short trip
tapi sgt2 best!
Sebenarnya
kami pergi bertiga je. Mak, kaklong & myself. Mak nak sgt pergi
Vietnam. Asyik dia dengar citer orang pi shopping kat sana, nak la pulak
sendiri yg pergikan. so, kami pun bawakla mak pi sana ikut rombongan
kak nowwa. kak nowwa ni kwn kaklong since uni time kat UIA dulu. Kak
nowwa memang dah biasa sgt pergi vietnam. org2 kat sana mmg takleh nak
kelentong dia. Semua dia dah tau. hehehe..Selain kami bertiga, kak nowwa
bawak kak fida & kak ween skali. kak fida sama tujuan la macam
kami. tapi kak nowwa & kak ween pulak nak memborong baju2 ready made
kat vietnam untuk jual kat KL nanti.
Flight
kami awal pagi. Sebenarnya, kami sampai airport time diaorg dah
announce flight departure. Berlari-lari kami pi departure gate. Nasib
baik dah web checked in. ngehngehngeh..flight hours tak lama, dalam
2jam30minit la lebih kurang. Sampai je Ho Chi Minh airport, terus ambik
taxi pi hotel. Hotel kitaorg betul-betul depan Ben Thanh market. Lintas
jalan je. Tapi disebabkan dah excited sgt nk pi Ben Thanh market tu,
sampai hotel letak barang kejap, tak sempat pun nak duduk lelama terus
kitaorg redahhhhh...sampai lupa nak amik gambar hotel & nama hotel
tu..hahaha..mmg sampai skang ni i tak igt ape nama hotel tu. tapi hotel
biasa2 je la tapi ada wifi..not that bad la huh..
Day 1...kat Ben Thanh
market. Kami semua dah sibuk cari kain pasang. Terus tempah kat situ.
Jgn tak percaya, diaorg ble siapkan tempahan in 1 day je. Pilih je kain
& bgtau baju ape nak buat. Esok da ble dapat. Selain baju kurung
biasa, kebaya & or pahang, diaorg pun boleh jahit baju kemeja,
blouse, seluar etc..mmmm..rasanya semua pun diaorg ble jahitlah..korang
cakap je nak baju ape..terror tak?? heheheh...i beli kain & tempah 3
pasang baju kurung je. Mak pulak 3 baju kurung & 3 seluar. Kaklong
buat baju kurung moden & blouse kerja.
Masih
lagi Day 1, tapi ni sebelah petang pulak..dah penat membeli &
menempah baju kat Ben Thanh market, kitaorang pi lunch. tapi takde la
pulak gambar masa pi makan kat situ. Nama tempat tu pun i tak igt.
Alahai, masa tu amik gambar ikut mana sempat je..ikut suka hati..rugi betul
la..kalau tak ble share kat sini kan. senang kalau ada yg nak refer..
Lepas makan tu, kak nowwa bawak kitaorg pi satu tempat
ni..jeng..jeng..jeng..pi sini untuk borong baju kurung yg dah siap
jahit..Nama kedai ni, kedai Zaidah kat jln Cao Thang. Adventorous
jugak la nak ke rumah a.k.a kedai Zaidah ni. Orang melayu Champa,
pandai betul buat bisness. ada kedai baju, kedai makan, jual kopi, jual
teh kundur..macam2 lah..nampak sempoi je orangnyer, rumahnyer,
pakaiannyer..tapi sekali dia bukak beg bisness dia, berkepuk2 duit tu
dalam beg..huhuhu...
Habis
borong, kami balik hotel. Sebenarnya, malam tu kami pergi lagi area Ben
Thanh market tu. Cuma kami tak masuk market tu dah coz diaorg pun dah
tutup. Kami pi pasar malam kat depan Ben Thanh . Kat sini pun banyak
baju2 yg dah siap jahit & kain pasang. And again, shopping
lagi..memang tak hinggat lah! Dah penat, balik hotel. Dinner pun dah
sampai coz kami order from Kedai Zaidah td tu la suh dia deliver kat
bilik. Pas makan, semua pun tido ternganga pasal dah
penat..muahahahaha...
Day 2,
pagi-pagi kami dah bangun. Breakfast pagitu delivery from Kedai Zaidah .
Bihun ape yer namanyer. ala-ala sup la, ada daging. makanan vietnam
sebenarnya. sedap jugak. sorila takde picture. Lepas breakfast, again
kitaorg pi Ben Thanh market lagi. Last check! hehehehe! sempat lagi tu
tempah baju bagai..kata boleh siap 1 hari kan. tat's why kena pi pagi2
so tat petang dah ble dapat baju..selain baju, mak sibuk cari kain alas
meja nk kasi besan2 dia, nak pakai raya, pastu borong biji teratai
(macam kacang) & kerepek nangka, sedap tau..yg i dgn kaklong, borong
fridge magnet jer...hehehehehe...
Oh
ya, kami pi beli selipar jugak aritu pasal selipar. Saja-saja buat
kenangan.. :-) Sebenarnya, kedai selipar ni yg mula-mula kami pi pagitu.
disebabkan kami first customer & taknak dpt bad luck, kami dpt
discount kaw-kaw jugakla..hahahaha...so, next time pi shopping awal-awal
pagi..
Lepas da siap 2nd round kat Ben Thanh market tu, kak nowwa ajak la kami pi pusing2 Vietnam pulak. So, kat bawah ni antara tempat yg kami pergi visit lah.
War Museum Vietnam
Museum ni menceritakan kisah & kesan peperangan antara US & komunis Vietnam (Viet Minh) yg berlaku lebih kurang antara tahun 1962 ke 1971. Perang yang disokong USSR untuk melebarkan fahaman komunis, manakala US pulak kononnya berperang dengan Vietnam unutk menentang fahaman komunis tu. Perang ni diberi nama Agent Orange War sebab masa tu US guna racun Agen Orange, combination racun rumpai & agent LNX. Terkesan betul tengok sejarah & kesan perang ni. Apepun tujuan yg dipegang kedua2 pihak yg berperang, satu aje yang pasti. Perang bukan penyelesaian. Perang memang satu perkara yang AMAT BURUK!!! Sepanjang berada dlm museum tu, sedih betul rasa. Tak terbayang derita orang2 yg terpaksa melalui perang ni.
Before & After
Kisah 2 beradik yang dibunuh tentera US tanpa belas ihsan (while i read the story, my eyes shedded tears..zalim betul bila manusia dah jadi lagi teruk dari binatang)
Kesan perang agent orange
ada sampai ke hari ini. Pada masa perang tu shj, lebih kurang 500,000
ribu rakyat Vietnam mati and selebihnya cacat seumur hidup. Kecacatan
diaorg pulak tak stop kat keturunan tu aje tapi kesan pada genetik ada
sampai ke harini. Kat luar museum tu, ada group kecil persatuan yang
bantu mereka-mereka yg cacat akibat kesan perang tu. Diaorg buat
kraftangan uuntuk dijual & main muzik untuk hiburkan org ramai kat
situ. Ada tabung untuk sesiapa aje yg nak sedekah duit kat diaorg. Tak
kisah berapa pun nk sedekah ikut ikhlas je. Diaorg pun suka bila kita
tegur2 diaorg. walau tak faham bahasa percakapan, kita senyum kat dia
& ajak ambil gambar diaorg rasa happy. siap lambai2 kat kami masa
nak balik. Kat dlm museum tu pun ada banyak pictures kesan agent orange
ni pada keturunan vietnam harini tapi i pun dah tak sanggup nak ambil
gambar dah.
Photo kat bawah ni, kalau perasan yg tengah main piano tu sebenarnya takde mata. ukan setakat buta, tapi kat tempat dimana sepatutnya ada 2 biji mata tu hanya nampak kulit shj. Meaning, kat muka dia hanya ada hidung & mulut. Ya Allah..memang zalim betul lah perang ni. Masa tu, berdoa sngguh2 jgn la kita especially kat Malaysia ni berperang. Mmg sengsara. (Tujuan gambar diambil sebagai pengajaran buat kita)
Photo kat bawah ni, kalau perasan yg tengah main piano tu sebenarnya takde mata. ukan setakat buta, tapi kat tempat dimana sepatutnya ada 2 biji mata tu hanya nampak kulit shj. Meaning, kat muka dia hanya ada hidung & mulut. Ya Allah..memang zalim betul lah perang ni. Masa tu, berdoa sngguh2 jgn la kita especially kat Malaysia ni berperang. Mmg sengsara. (Tujuan gambar diambil sebagai pengajaran buat kita)
Next, kami pi pejabat pos besar Vietnam...cantik
tau tempat ni. bangunan ni is actually one of their historic buiding
that they still maintain for tourism attraction. Diaorg masih lagi
kekalkan gaya & guna perabot dulu tapi dah dibaik pulih &
dijaga. Kak Ween & Kak Fida busy kirim posakd kat family walaupun
bak kata kak ween dia dah sampai KL tak tentu poskad dia dah
sampai..hahahah...
Belum habis lagi, our next pit stop is the Hard Rock Cafe Chiang Mai. Kat sini i beli fridge magnet & cap untuk ayah.
Lepas
Hard Rock Cafe, kami terus naik taxi pi lunch pulak. Perut
masing-masing dah berbunyi. Kali ni kak Nowwa bawak kami pi makan kat
tempat baru kat Dong Du street, district 1. Taukeh dia org perak.
Masjid
yg kami singgah untuk solat terletak berhadapan & berdekatan tempat
makan ni jugak. Masjid-masjid kat Vietnam ni hidup atas bantuan sedekah
orang ramai. Keadaan masjid memang jauh beza la dengan masjid kat
malaysia. Alangkah beruntungnye Muslim kat malaysia ni.
Channel Vietnam..Photo snapped from taxi.
Kraftangan yang macam ni banyak jual kat tepi jalan..tapi agak mahal jugak dlm USD12 satu kalau tak silap..
Traffic
kat sana memang la dasyat. Jangan haraplah i nak drive kat situ..Main
transport diaorg is motor. So memang senang nak nampak lautan
motor..lagi satu, diaorg ni ikut suka hati je bawak kereta. turn left
& right. lagi best, dah salah jalan, selamba je U-turn & jalan
tentang arus. seriau kiatorg yg dalam taxi. tapi yang bagusnya diaorg
ni, bawak tak laju & give & take dgn org lain.
wiring
terhebat diabad ini..hahahaha..tergezut tengok. camne lah kalau trip.
terror betullah! memang cabel diaorg kat vietnam ni pasang camni ye.
sepesen je bergulung-gulung berselirat camni..
Kami
tak sempat nk jalan banyak tempat. Ni je lah yg dapat. Mekong river
takde yer citer dalam ni pasal tak sempat pergi pun. Maklum ler..2D1N
memang nak pi shopping je..InsyaAllah kalau ada rezeki lebih &
kesempatan waktu, nanti nak pergi Vietnam lagi but maybe go for 3D2N
pulak so that boleh la pergi Vietnam tour lebih-lebih sikit disamping
bershopping..hehehe..
Ok guys, till we meet again in my next entry..
xoxo, fadh hassan
017-3045363
fadhlina1@gmail.com
No comments:
Post a Comment