Masuk office harini ramai jugak rupanya yang komen tentang AJL27 malam ahad baru ni. Macam-macam lah yang keluar. Yang itu tak patut menang, yang ini memang best. Biasalah kan. Walaupun menang kalah itu adat pertandingan, tapi 'rumah dah siap, pahat berbunyi' ni memang perkara biasa. Bukan ape, saja-saja suka nak jadi juri tak bertauliah je kami ni.
Personaly, saya okay dengan results AJL27. Tak adalah kemenangan yang rasa nak dipertikaikan. Macam semua tahu, lagu Terukir dibintang ciptaan lagu & lirik oleh Yuna dinobatkan juara. To me yang tak pandai sangat bab-bab music ni, lagu ni is very soothing to my ears. Arrangement lagu bunyinyer simple tapi boleh jadi terbuai-buai perasaan. Lirik pulak sangat tersusun. AJL adalah anugerah kepada komposer lagu & penulis lirik. Tak kisah lah Aizat atau Yuna sendiri yang nyanyi, Terukir dibintang tetap akan menang. Bak kata ketua juri, Azmeer dalam Murai.com, "Penjurian bagi Anugerah Juara Lagu seperti biasa telah dibuat lebih awal. Ertinya sebarang perubahan atau isu yang dikaitkan dengan finalis ketika persembahan pada malam final AJL tidak akan mengubah nilai markah yang telah diberikan terlebih dahulu". Cumanya persembahan artis malam pertandingan masih tetap penting walaupun cuma menyumbang peratusan kecil sahaja kepada keseluruhan keputusan yang dah dinilai lebih awal.
Tapi performance Aizat memang best! So bersahaja!
Naib juara, lagu Idola from Azlan & the Typewrite. Lagu ciptaan Audi Mok & lirik by Dark.
And third place, Ku Akui nyanyian Hafiz, ciptaan Ajai. Lagu ni saya memang dah agak akan menang jugak either 2nd or 3rd place. Hehehe..nujum pak belalang lah konon!
Best performance berdasarkan undian sms penonton pulak dimenangi oleh Black & RK untuk lagu Teman Pengganti.
Tapi yang paling saya enjoy untuk AJL 27 ini adalah opening performance by Misha Omar sebab lagu dia yang best tu ditambah pulak dengan visual props yang best tu and closing performance especially bila Rahmad Mega nyanyi lagu Bayangan Gurauan. Rasa macam nak suruh dia nyanyi sampai habis je lagu tu:-)
Sekian!
fadh hassan
017-304 5363
fadhlina1@gmail.com
No comments:
Post a Comment