Tuesday, October 08, 2013

There goes my wisdom???..oh nayyy!!

Gigi geraham bongsu yang aku dah bela since first year degree..uh...lama tuh! Dah banyak kali berulang-ulang sakit & latest one sakit balik before pergi Turkey. Akhirnya gagahkan jugak la nak cabut. Tapi disebabkan ada sikit problem gigi ni tak dpt nak dicabut camtu je. Kena buat minor surgey sikit coz gigi yg berjaya menyempit keluar tu dah melekat rapat dekat tulang. Jangan tanya camne sebab aku pun tak pasti and tak nak amik tau sangat masa doc explain sebab kaki tangan ni memanjang je sejuk and lemah gitew rasa bila masuk jumpa dentist. Aku memang penakut jumpa dentis dowh! Time kecik dulu semua gigi cabut sendiri hokey..manual lagi..pasal takut nak jumpa dentist.

Okay..tak kuasa nak cerita banyak pasal experience cabut wisdom tooth ni pasal bila teringat je aku rasa ngilu satu badan. Pada korang-korang yang nak buang wisdom tooth, nasihat aku sila teruskan hajat anda. Tak sakit pun prosesnye tu. Awal-awal dah disembur ubat kebas. Lepas tu cucuk bius pulak 2 jarum kat gusi & 1 jarum kat pipi dalam. Lepas tu tak rasa apa dah..tapi memang boleh dengar la doc tu godek-godek...tekan..korek..segala macam..eeeee.....ni yang buat ngilu nih.

Lepas dah siap still tak sakit. Yelah kan ubat bius jalan lagi. Aku siap singgah isetan shopping. Tapi tak lama lah pasal even tak sakit tapi rasa payah nak bercakap, tak dapat nak bukak mulut sangat. So aku pun balik je lah.

Tapi...bila senja menjelma..bila ubat bius dah hilang...ambikkk...hikhikhikk...relaks brother..brother relaks..korang telan je lah pain killer. Habis cerita..

My wisdom tooth yang diselaputi darah..nurse bagi so aku ambil je lah..nak buat apa dgn gigi ni aku pun tak tau..buat azimat?? Nayyyy!!!!


Xoxo, fadh hassan

Monday, July 22, 2013

Perkongsian Ramadhan - Masjid Assyakirin, KLCC


Bila ada kesempatan, me & fieza berbuka & terawikh di Masjid Assyakirin, KLCC. Sementara tunggu Maghrib, imam buat perkongsian Ramadhan. A few points / facts yang saya dapat and rasanya bagus untuk dikongsi:-)
  • Solat seorang mualaf yang tidak pandai mengaji tetap diterima Allah walaupun dia hanya membaca alif, ba, ta atau apa-apa bacaan yang dia tahu sahaja dan terus berusaha untuk memperbaiki diri termasuklah mengaji dengan betul.

  • Kalau korang perasan, sebelah masjid Assyakirin KLCC tu tengah ada construction. Itu sebenarnya nak dibuat parking bertingkat dengan bilik-bilik belajar and tempat berwudhuk sumbangan dari seorang hamba Allah, pak arab dari Qatar. Dia beli tanah tu dari Petronas and wakafkan and bagi lagi duit untuk bina semua tu. Ya Allah, besar pahala dia dapat. Semoga Allah luaskan lagi rezeki untuk dia.

  • Untuk ibu bapa yang bawa anak-anak ke masjid bersolat terawikh, kalau anak-anak masih kecil dan mungkin buat bising berlari dan sebagainya sehingga menggangu jemaah yang lain, ibu bapa boleh ambil giliran solat terawikh. Niat ibu bapa tu dah baik nak pupuk perasaan cintakan masjid dalam diri anak-anak dari kecil. Tapi pada masa yang sama kena ingat yang terawikh itu sunat tetapi menjaga anak-anak itu satu tanggungjawab. (p/s: ada tak masjid yang ada nursery kat malaysia ni or kat mana-manalah masa terawikh?)

  • Kisah Imam Amad Bin Hanbal dengan seorang pembuat roti yang tidak pernah lekang dari bibirnya beristighfar kepada Allah - tidak ada satu pun doanya yang tidak Allah perkenankan termasuklah doanya hendak berjumpa dengan Imam Amad Bin Hanbal. Betapa kasihnya Allah pada hamba yang sentiasa mengingatinya dan memohon keampunannya.

Masjid Assyakirin, KLCC



XOXO, Fadh Hassan

Sunday, July 07, 2013

Siti Nurhaliza in Symphony Live with the Malaysian Philharmonic Orchestra 5 -7 July 2013

Alhamdulillah..Puas hati! Memang terasa berbaloi dengan harga tiket yang dibeli. Konsert CT ni berlangsung selama 3 hari berturut-turut 5 - 7 July 2013. Tapi saya pilih untuk pergi pada hari pertama, 5 July 2013. cuma baru sekarang berkesempatan nak kongsikan di blog. Sorry sangat-sangat..huhuhu..



Konsert start on time, 8.30pm. Pemain-pemain orchestra masuk dulu dalam hall diikuti Kevin Field, the conductor. Lepas tu masuklah CT. Toingggggg!!! Cantiknya lah. Macam anak patung. Tapi to my surprise, kurus rupanya dia ni. Dalam magazine & TV nampak berisi. Tapi live kurus la pulak..

Kena betul lah nyanyian CT dengan orchestra tu. Terbuai-buai perasaan. Hahahah..Semua pun best tapi susunan yang paling saya suka:

1) Medley P.Rmlee - Malam Bulan Dipagar Bintang
2) Biarlah Rahsia
3) Senandung Semalam
4) Medley - Ku Mahu, Balqis, Ya Maulai
5) Terasing
6) Purnama Merindu
7) Muara Hati

Eh! Macam semua je nih..Hahahhaa...

Okay, full list untuk malam tu Plus 1 Bonus Song CT bagi as an appreciation and takde dalam list iaitu Muara Hati. She went solo lah. Hafiz takde.


Kata CT, lepas ni dia maybe buat full tradisional concert. Confirm saya nak pergi! InsyaAllah kalau diizinkanNya:-) . Diam tak diam dari lagu Kau Kekasihku ke interval 20 minit sambung balik Cindai tup tup dah last song, Medely Ku Mahu, Balqis and Ya Maulai. Huhuhu.. Macam tak puas je..Sedih..then CT tambah bonus song, Muara Hati. Lepas habis lagu tu memang dia dah tak tambah dah apa-apa lagu. Katanya datang lagi esok & lusa kalau tak puas dengar dia nyanyi.. Then audience pakat jawap ticket dah habis. Hahahaha..Tapi kalau tiket ada lagi pun saya tak dapat la nak beli lagi. Cukuplah peruntukan untuk hiburan yek. Eh..Ini my personal view. Orang lain mungkin beli lagi kot. Tak salah pun kalau memang ada duit lebih kan. 

Okay, gambar- gambar yang dapat di share sementara abang2, adik2 & kakak2 MPO tu datang berlari kedepan kami semua and says, No Camera! No Camera!. Iskk...sepanjang-panjang konsert korang dok sibuk no camera, no recording no everyhting lah kan. Dah habis konsert CT nak babai-babai kitaorang pun korang marah ambil gambar. hahaha..Takpelah diaorang semua buat kerja masing-masing. Dah memang macam tu peraturannyer so diaorang just buat kerja diaorang je lah and begitu juga lah kami peminat-peminat CT baik yang fanatik tak fanatik, bila dah pergi konsert CT live kami buatlah kerja kami jugak iaitu wajib nak snap gambar CT kan. Hehehe,...janga marah yek.. yelah, kami ni bukannya penonto VVIP yang ada bilik khas lepas konsert boleh jumpa CT ambil gambar semua kan. Still though..ambik gambar je pun..serius saya tak paham MPO nih..derrrrrrrrrr...

Enjoice the picture!

p/s: CT sebenarnya pakai dua persalinan. Baju yang mula-mula blue color ala long dress jugak. Sorry takde gambar:-)





XOXO,
Fadh Hassan

Thursday, July 04, 2013

Siti Nurhaliza in Symphony... Tungguuuu!

After so much deliberation made to me..myself..hehehe...



Finally kan...Alhamdulillah ada rezeki dapat beli tiket ni last minute. Suka sangat! Concert ni akan berulang selama 3 malam. 5th July 2013 (Friday) to 7th July 2013 (Sunday) di Dewan Philharmonic Petronas. Makanya, i pilih la pi concert tu Jumaat. Senang la kan lepas kerja terus pergi. First time pi concert CT ni on opening nite. Biasa pi on closing nite and so far bila pi time closing nite mesti ada Tun Dr M & Tun Siti Hasmah. 

Nasib baik la ada tiket lagi. Masa nak buat online purchase tu, ada 5 seats left. Semuanya tiket RM330 je. what to dooo...huhuhu...Lepas beli bila saja-saja check balik tengok all sold out. Amboi..Cepat betul..and masa saya pi collect ticket kat box office counter, adik tu cakap ketiga-tiga hari dah sold out untuk all prices. Oh ya, tiket dijual antara RM150, RM250, RM330 & RM400 bergantung kepada seats' location. Based on my past experiences tengok concert CT ni memang worth the ticket price lah. InsyaAllah memang berbaloi. Mesti puas hati. Mmm..tak tau lah camne nak explain tapi tengok & dengar kat TV memang tak sama dengan tengok & dengar live masa kat concert. 

Ohh..Tak sabar betul! Cepat lah Friday! Esok je pun;-)




XOXO,
Fadh Hassan

Wednesday, July 03, 2013

Alhamdulillah...TQ Allah..Happy Birthday Fadh Hassan!

2nd July 2013 :-) Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah yang masih mengizinkan aku untuk terus bernafas di bumiNya yang luas dan indah ini..Semoga Kau berikan aku kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan dikurniakan barkah rezeki yang luas. Semoga aku tidak termasuk dalam golongan mereka yang rugi dan berbuat sia-sia. Semoga hidup dan matiku dalam iman kepadaMu Ya Allah. Dan semoga aku dapat terus berbakti kepada kedua ibu bapaku dan berbuat kebaikan kepada mereka yang memerlukan.

Surprise birthday thoughts from FOXERS....hahaha..i was conned..and my bosses pun subahat sama..

FOXERS..mmm...ada 2 missing FOXERS lorr..Apa nak buat, sibuk meeting kan..But glad that they finally pop up before we ended the small makan-makan..Yeahh..Just in time kan:-)

Last but not least, thank you all for the wishes...FBians..SMARTians.. UITMians..

XOXO,
Fadh Hassan

Tuesday, July 02, 2013

Bekam @ Cupping

Dua minggu lepas saya buat bekam atau in English, it is called as 'cupping'. Yelah kan..Bekam sekarang memang guna bekas-bekas kecil comel yang nampak macam cawan tu. No more tanduk kerbau okay. Lepas tu tekap kat badan. Jadi lah 'cupping' kekdahnyer:-)

Jangan tak tau, Bekam ni suatu Sunnah yang sangat-sangat digalakkan. Hadis Rasullah SAW: Jika ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit, maka Bekam juga dapat menyembuhkannya" HR Malik.

Bekam bagus untuk keluarkan darah kotor yang ada toksid (racun) berbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Maksudnya, Bekam ni juga merupakan salah satu cara 'detoksifikasi' yang sesuai dan selamat. Tapi ingat, jangan pulak main redah je buat Bekam ye. Orang yang nak buatkan Bekam tu kena la yang bertauliah i.e. yang belajar cara-cara Bekam dengan betul dan selamat and yang paling penting alatan yang digunakan untuk Bekam perlulah selamat.

Selain untuk keluarkan darah kotor, melalui Bekam juga kita dapat tahu penyakit-penyakit yang ada atau yang nak datang kat kita. Bagus betul lah. Cegah sebelum kena. 

Saya buat Bekam dengan kawan mak kat kampung @ Melaka. Nama makcik tu Rogayah. Siap bawak assistant lagi. Tapi lupa lah pulak nama kakak ni. Oh lupa pulak. Pesakit makcik Rogayah untuk hari tu ada 2 orang. Saya and my friend Fieza. Yang bestnya, makcik ni datang bagi service kat rumah. So kami tunggu jelah doctor datang rumah kan sambil berbaring-baring tengok TV & bergossip. Muahahaha...

Ini lah Makcik Rogayah & Menantunya..Nampak tak bag hitam tu? Haa...dalam tu semua barang-barang Bekam dia..Nampak sempoi je kan Makcik ni. Jangan memain korang..Certified 'Cuppers' ni..Hehehehe..

Kat KL ni kalau nak buat Bekam memang mahal lah. Ikut berapa banyak cawan atau point Bekam. Secawan atau satu point tu dalam RM 5 ke RM10 jugak lah kalau tak silap. Maknanya, lagi banyak darah kotor lagi mahal la lan. Tapi Makcik ni charge RM50 untuk satu badan and dia Bekam sampai darah kotor habis dalam 3 kali termasuk buang angin. Banyak point pulak tu. Belakang badan je penuh tak masuk kat tangan & lutut pulak lepas tu kan..Nak tengok sendiri punya kat belakang badan memang tak nampak la kan. Jeling yang si Fieza punya je lah.. Hehehe...tergelak-gelak tengok cawan-cawan Bekam tu melekap kat badan dia.

Lebih kurang camni lah rupanya badan kitaorang haritu..p/s: ni gambar hiasan semata-mata yer..

Lepas Bekam memang la ada kesan lebam and bekas parut tapi lama-lama hilang lah. Jangan risau ye. Mine within 1 week dah hilang bekas cuma ada 1 bulat je yang lambat sikit nak hilang.

Sakit ke tak? Alah macam kena gigit semut je.. Time dia cucuk-cucuk sikit dengan jarum. Tapi kalau yang jenis berwap banyak (air) memang tambah sikit lagi la pedihnyer..macam kena gigit kerengga..

Right after buat Bekam rasa letih sikit. Tapi esoknya memang rasa ringan badan.

Selamat Mencuba!

XOXO,
Fadh Hassan

Monday, June 10, 2013

Instanbul Aku Datang!!! Tungguuuuuuuu.....!

Alhamdulillah...TQ Allah kerana mempermudahkan segala urusan booking & bayaran kami bercuti ke Turki bulan September ni. Excited..Suspender..Nerbess..Semua ada..hahaha..Mau tak.. For the past 5 years, tiap kali memikirkan untuk kumpul duit and bercuti ke luar negara, Turki memang top 3 in my list. Semenjak terbaca tentang bagaimana hebatnya Kerajaan Islam Turki iaitu Kesultanan Uthmaniyyah dan bagaimana kerajaan yang hebat ini boleh jatuh seterusnya berada dalam pemerintahan Kamal Artartuk untuk sekian lama, hati ni nak sangat pergi sendiri ke Turki and tengok sendiri negara yang kaya dengan sejarah Islam ni. 

Tapi recently dengar pulak cerita pasal tunjuk perasaan i.e. protes jalanan yang bertukar kecoh berkenaan dengan pembinaan shopping mall di Gezi Park. (tapi ini semua dakyah putar belit alam mereka yang anti pemerintahan kerajaan pimpinan Erdogan. Boleh baca lebih lanjut di link bawah).  Isk..macam mana ni..sempat tak keadaan reda & selamat sebelum September ni & kekal aman selepas tu. Risau tau..

Tapi tadi masa menyibukkan diri skodeng FB wardina, nanmpak la FB post dia. Rupanya dia & anak-anak ada buat shooting Al-Hidayah untuk slot raya tahun ni di Istanbul. Alhamdulillah, okay je semua post Wardina tu. Nampak keadaan kat sana selamat. Rupanya Wardina pi sana dengan krew Al-Hidayah untuk share cerita pasal kegemilangan Kerajaan Uthmaniyyah. Owhh! I can't wait..Toingggg!!! Lompat tinggi-tinggi sambil kaki lentik keatas..hahaha!

And just now, google-google lagi pasal keadaan semasa Turki. Saja je nak dapatkan clearer picture apa sebenarnya yang dah berlaku..and i stumbled into this blog http://sozcyili.blogspot.com/2013/06/protes-jalanan-di-turki-satu-pencerahan.html which help me to understand what is happening in Turki sebenarnya amd keadaan politik and ideologi kat sana buat masa sekarang. 

Alhamdulillah, lepas baca apa yang di share oleh blogger sozcyili, lagi relief la kan. Semoga Turki terus aman and kegemilangan Islam kembali semula di Turki seperti zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Blue Mosque, Turki

xoxo,
fadh hassan

Sunday, June 09, 2013

Burpp...Alhamdulillah..#Laman Grill @ Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam

Masa tengok Masterchef selebriti musim ke dua episod Radhi OAG kena keluar tu, si Radhi tu adalah mentioned si Chef Zubir ni ada western food restaurant. Harini tiba-tiba tekak ni teringin nak makan western la pulak. Together-gether with my partner in crime bab makan-makan, kami pun zasss la ke Laman Seri, Seksyen 13 Shah Alam. 


Sangat cosy kan tempat ni. Actually Laman Grill ni kat row sebelah belakang. Kalau masuk dari depan memang tak nampak kedai ni. So kena pusing ke belakang baru perasan.

Dah masuk dalam, hiasan kat dinding kebanyakannya paper cutting pasal chef zubir & certificate competition  yang dia joined. 






Tak lama selepas kami duduk, waiter datang bawak sebekas maruku. Okay, makan je lah kan..Masa bayar tu tengok maruku ni kena charged rupanya, RM2. Ingatkan free...rugi la pulak pasal makan tak habis tadi. Kalau tau, i tapau je uols..boleh la makan dalam kereta kan..


Okay my dish sampai...New Zealand Lamb Cutlet & Turkish Kebab..RM38.50


My friend pulak pilih ni, Meat Lover's Combo Plate, RM65.50


Hai..Memang kekenyangan sungguh la..Balik rumah perut kenyang hati senang..

Laman Grill,
No G33, Block 5,
Laman Seri Business Park,
Seksyen 13, 40000 Shah Alam

xoxo,
fadh hassan

Monday, June 03, 2013

Monday blues kah aku?

Bangun pagi kepala sakit yang amat. Tak larat betul. Isk..Monday blues kah aku? Oh tidakkkkkkk!! Wait seminit! Ni bukan Monday blues ni. Daripada kepala ke tengkuk sampai ke bahu semua rasa sakit. Sobsobsob :-(

Hokeyyy...That's it lah! Dengan tanpa prejudis (chewaahh!), i texted my manager to inform her that i need to be on MC. Lepas tu makan 2 biji panadol actifast, ambil minyak cap kapak (minyak angin peberet ku) and lumur satu kepala. Berangin-angin kepala. Lepas tu lumur pulak kat tengkuk and bahu. Lepas tu? Tarik selimut balik. Krohhhhhhh...ZzzzZzzzz.. Bangun-bangun dah pukul 11am. Terkejut aku. Terus rasa sakit balik kepala. Tapi tak lah seteruk pagi tadi. Cepat-cepat bangun cuci muka buat apa yang patut and rushing pi clinic. Ye lah..Kang susah pulak kalau dah lewat sangat kan. 

Sampai di clinic, tak ramai orang. Alhamdulillah..Sekejap je tunggu dah sampai giliran. Masuk dalam jumpa Dr Nik. Lembut je orangnya. So ada lah sesi soal jawap sikit dengan doctor and doctor pun check blood pressure. Conclusionnyer, aku bukan migraine rupanya..hehehe..Pagi tadi ingatkan aku kena migraine. Rupanya symptom sakit kepala lebih kepada ketegangan. What??!!?? Stress??!!?? Hahahaha..Ambik ko! Untuk elakkan atau kurangkan daripada berulang, tidur kena secukupnya sahaja. Maksudnya, tak boleh terlebih atau terkurang. Then kena buat aktiviti-aktiviti riadah jugak and macam-macam lagi lah. InsyaAllah, will put an entry on this topic bila berkesempatan nanti. Dalam hati aku, isk..tak boleh jadik ni..kena ubah gaya hidup ni. Haru betul..

So korang, stay away from stress ye..i'm giving this note to myself too.. 

Maka dengan ini, hari ini saya MC..Sekian..


Thursday, March 14, 2013

5 minutes management course


Assalamualaikum & hello semua


Juling mata tengok computer screen kat office..penat wehhh..tetiba masuk 1 email from a friend on this 5 minutes management course. Ape ke bende nyer ni? 

Cuba baca sampai habis. Every one lesson, habis baca je mesti saya tersengih. Nak kata orang yang tulis ni loyar buruk tapi ada betulnya the lesson learnt tu..hehehe..

Ala...take 5 la kejap;-)


Lesson 1:


A man is getting into the shower just as his wife is finishing up her shower, when the doorbell rings. The wife quickly wraps herself in a towel and runs downstairs. When she opens the door, there stands Bob, the next-door neighbor.


Before she says a word, Bob says, "I'll give you $800 to drop that towel."


After thinking for a moment, the woman drops her towel and stands naked in front of Bob.



After a few seconds, Bob hands her $800 and leaves.

The woman wraps back up in the towel and goes back upstairs. When she gets to the bathroom, her husband asks, "Who was that?" "It was Bob the next door neighbor," she replies.

"Great!" the husband says, "did he say anything about the $800 he owes me?"

Moral of the story:
If you share critical information pertaining to credit and risk with your shareholders in time, you may be in a position to prevent avoidable exposure.


Lesson 2:


A priest offered a Nun a lift. She got in and crossed her legs, forcing her gown to reveal a leg. The priest nearly had an accident. After controlling the car, he stealthily slid his hand up her leg.
The nun said, "Father, remember Psalm 129?"



The priest removed his hand. But, changing gears, he let his hand slide up her leg again. The nun once again said, "Father, remember Psalm 129?" The priest apologized "Sorry sister but the flesh is weak."

Arriving at the convent, the nun sighed heavily and went on her way.

On his arrival at the church, the priest rushed to look up Psalm 129. It said, "Go forth and seek, further up, you will find glory."

Moral of the story:
If you are not well informed in your job, opportunities for advancement will pass right by you.


Lesson 3:


A sales rep, an administration clerk, and the manager are walking to lunch when they find an antique oil lamp. They rub it and a Genie comes out. The Genie says, "I'll give each of you just one wish."


"Me first! Me first!" says the admin clerk. "I want to be in the Bahamas, driving a speedboat, without a care in the world." Puff! She's gone.


"Me next! Me next!" says the sales rep. "I want to be in Hawaii , relaxing on the beach with my personal masseuse, an endless supply of Pina Coladas and the love of my life." Puff! He's gone.

"OK, you're up," the Genie says to the manager. The manager says, "I want those two back in the office after lunch."


Moral of the story:
Always let your boss have the first say.


Lesson 4:


An eagle was sitting on a tree resting, doing nothing. A small rabbit saw the eagle and asked him, "Can I also sit like you and do nothing?"

The eagle answered: "Sure , why not."

So, the rabbit sat on the ground below the eagle and rested. All of a sudden, a fox appeared, jumped on the rabbit and ate it.

Moral of the story:
To be sitting and doing nothing, you must be sitting very, very high up.


Lesson 5:


A turkey was chatting with a bull. "I would love to be able to get to the top of that tree," sighed the turkey, "but I haven't got the energy."

"Well, why don't you nibble on some of my droppings?" replied the bull. They're packed with nutrients."

The turkey pecked at a lump of dung, and found it actually gave him enough strength to reach the lowest branch of the tree. The next day, after eating some more dung, he reached the second branch.

Finally after a fourth night, the turkey was proudly perched at the top of the tree. He was promptly spotted by a farmer, who shot him out of the tree.


Moral of the story:
Bull shit might get you to the top, but it won't keep you there.


Lesson 6:


A little bird was flying south for the Winter. It was so cold the bird froze and fell to the ground into a large field. While he was lying there, a cow came by and shit on him.

As the frozen bird lay there in the pile of cow dung, he began to realize how warm he was. The dung was actually thawing him out! He lay there all warm and happy, and soon began to sing for joy.

A passing cat heard the bird singing and came to investigate. Following the sound, the cat discovered the bird under the pile of cow dung, and promptly dug him out and ate him.

Morals of the story:
(1) Not everyone who shits on you is your enemy.
(2) Not everyone who gets you out of shit is your friend.
(3) And when you're in deep shit, it's best to keep your mouth shut!


THIS CONCLUDES THE 5-MINUTE MANAGEMENT COURSE

xoxo, fadh hassan

Tuesday, March 12, 2013

D.I.Y props for photobooth

Assalamualaikum & hello semua..

My sister's wedding baru selesai last 2 weeks. Tapi saya baru nak update pasal props photobooth that i made by myself. Yup..D.I.Y je.. very easy..and murah je overall cost.

Apa yang saya guna?

1) Marker pen color - color (boleh rembat adik, kakak, abang or kawan punya..ngehngehngeh..)
2) Kertas kadbod keras (yang color hitam tu, sekeping RM0.70 & saya guna 4 keping, A4 size)
3) Kertas A4 putih (untuk print gambar props)
4) Printer & color ink :-)
5) Siccors, cutter
6) Gam & seletape

Steps:
1) Buddie-buddie with Mr Google and search for 'free props for photobooth' or 'D.I.Y props for photobooth' or terpulanglah apa-apa keywords yang nak try

Antara link yang saya jumpa

2) Pilih mana-mana yang berkenan and print actual size. Cara saya, print color terus. Make sure ink in good condition supaya outcome cantik.
3) Potong ikut bentuk and tampal atas kadbod keras.
4) Potong kadbod keras ikut bentuk yang props yang ditampal tadi. Tampal guna gam.
5) Ambil lidi/buluh satay (size panjang). Saya guna 2 lidi, lekatkan dua-dua supaya senang nak pegang nanti. Then tampal kat belakang props supaya jadi handle.Saya lekat guna seletape je.

Hasilnya:
 **sorry yer..gambar taken using my note yg battery masa tu dah kong sangat-sangat..so no flash & minimum quality


Selamat mencuba lovelies!

xoxo, fadh hassan

Monday, March 11, 2013

Nasi Yemen..Tekak Melayu..

Assalamualaikum..& hello semua..

Semalam for the first time saya cuba makanan arab yemen di Hadramawt Jln Raja Chulan. 

First time tried for Yemeny food tapi dah pernah makan nasi arab kat Saba' Cyberjaya. Tempat ni memang selesa sangat. Mula-mula melangkah masuk dah disambut alunan suara orang mengaji..owh...diaorg pasang cd mengaji..sedap suara mengaji tu terus terasa nacam bulan Ramadhan ala-ala kat mekah..best..best..

Tengok-tengok menu macam-macam ada..western & arabian food. Since dah maduk Yemen restaurant, nak la try for yemeny food kan. 

My order...mixed samosa (6 keping, beef, lamb, vege, susu masam, potato, chicken)..nasi yemen lamb (seriously lupa nama dish tapi nadi tu hidang bentuk petak 4 segi, ada sos cili & puri susu cheese masam) & coffee yemen (macam ada halia sikit & hidang dengan tamar manis)..





Maybe saya pun tak berapa sihat, so makan pun tak laju walaupun perut tengah lapar. Nasi dia memang sedap. Beras panjang-panjang. Lamb tu macam dia letak sekali dalam nasi.(Ala...macam nadi briyani gam tuuu...) kuah takde, maybe sos cili & sos masam tu la kuahnye kot. Quantiti nasi & lamb, MasyaAllah..selambak....tobat lepas ni kalau datang lagi tak payah la nak order sorang satu. 1 dish nasi tu boleh makan 2 ke 3 orang. Mintak pinggan kosong je. Dan akhirnya....tak habis & tapau je lah.


Malam tu saya perangat balik nasi tu, tumis bawang besar sikit campur dalam nasi buat ala-ala nasi goreng tu. Lepas tu lamb saya potong-potong kecik & buat masak kicap letak cili padi sikit bagi pedas..


Hasilnya...



Ya ampun....pada peminat-peminat yemeny food jangan marah yer..ape nak buat tekak melayu. Dah dialtered, habis la pulak makanan ni kan. Yang penting tak membazir:-)

Nak pergi lagi tak this restaurant after this? Of coz my dear! Cuma lepas ni kita share je lah ye & maybe boleh try the kebab pulak kan? 

:-)

Xoxo!
Fadh hassan


Tuesday, February 12, 2013

Yang baik dari Allah

Assalamualaikum wb.t.. Hello everyone.. :-)

Macam-macam yang berlaku in my life for the past 3 weeks. Hilang barang dua kali termasuklah my purse, tied up dengan office work (special project that has been assigned to me until end of Feb 2013), family matters etc..etc...etc..


Baru Allah bagi dugaan yang sedikit ni tapi keluh kesah dan kecamuknya fikiran tak terkata. Macam mana lah agaknya orang yang diduga Allah dengan dugaan yang lagi hebat tapi mereka tetap dapat lalui dengan tabah hati dan hopefully dengan ikhlas kan..Macam mamat pakistan yang ada degree tapi terpaksa datang Malaysia jadi tukang potong rumput kat rumah saya few weeks ago.. macam homeless yang saya terserempak masa tengah beratur nak beli Nasi Kandaq Beratoq kat Penang, anak dia beli nasi kosong RM2 letak kuah kari makan untuk 1 famili..macam orang yang seawal 6.15am dah tunggu bas kat bustop depan simpang rumah saya ni untuk pergi kerja bila saya masih mampu untuk drive a car dengar radio & pasang aircond dalam kereta..Betapa beruntungnya saya ni..Alhamdulillah..


Jadi, janganlah nak mengeluh dengan apa yang dah jadi yer cik fadh oiii...yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan buat pengajaran..


salam! ;-)


xoxo, fadh hassan

Wednesday, January 30, 2013

Kerabu Udang Ala Thai

Dah lewat malam tapi belum sempat nak dinner. Nak makan apa ye bila jam dah tunjuk lebih dari pukul 9pm ni?

Jenguk jap dalam fridge, ada udang sederhana besar. Dah siap purified with Biozone Food Purifier, dah buang kulit & dibersihkan belakang udang. Memang sesuai sangat la nak buat kerabu. So, inilah menu saya untuk malam ni. Kerabu udang ala thai resepi ikut suka hati tapi memamg marveles okay! Wallah! Eventhough hanya menggunakan kaedah campak-campak bahan apa yang ada kat dapur je:-)




Bahan-bahan (portion utk makan sorang )

1 bj tomato potong dadu
1 btg serai (kecil) hiris nipis
1/2 bj bawang besar potong dadu
1/2 bj capsicum potong dadu
1 helai  daun limau purut (kecil) hiris nipis
1 btg cili padi hiris nipis (ikut kepedasan)
7 ekor udang medium size buang kulit & bersihkan belakang direbus
1/2 bj limau nipis (besar) diambil jus
Sedikit suhun yang telah direndam air panas
Sedikit garam
Beberapa titik sos ikan
Sedikit gula (jgn banyak2 ye)
Gaul semuanya dalam mangkuk
Siap!


Selamat mencuba!

xoxo,
fadh hassan



Monday, January 28, 2013

SM/SSM Awards Celebration-20 Jan 2013


Setiap kali naik pangkat dalam business, company akan bagi penghargaan dalam bentuk majlis yang seperti ini. 



Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Ilahi. Bermula dengan satu langkah kecil yang saya buat. Mula-mula dengan rasa takut tapi digagahkan juga untuk 'Berani' & psycho diri sendiri, i finally made the first step.

"Sometimes the smallest step in the right direction ends up being biggest step of your life. Tip toe if you must, but TAKE THE STEP"

Eventhough i'm working full time in one of the largest Oil & Gas company, tapi keinginan untuk berbusiness memang ada. Lepas dengar the business plan yang pada saya telus & adil, that is what entice me to move forward with the business. Lagipun buat part time je, eventhough income boleh cecah gaji kerja full time :-)

Terus-terang, kadang-kadang jeles jugak dengan mereka-mereka yang dapat buat business ni full time. Tapi takpe, for the time being this is the best for me:-) 

To readers yang belum tahu and nak ambil tahu or yang dah tahu tapi buat-buat tak tahu (ade ke?) tentang business opprtunity ni, boleh call or text or whatssapp saya @ 017-304 5363.


xoxo,
fadh hassan 
017-304 5363
fadhlina1@gmail.com

Dapat flowers & chocolates from leaders..rasa macam convocation day!

With CDM Salha Zain..very humble person & sangat tak lokek ilmu berkongsi dengan orang macam saya so that we can be successful like her too..
With CDM Lily Jasmin Halim..an idol from corporate world to mumpreneur..already  one of top management when she left her corporate world for her mumpreneur.



We're all SMARTian..ex-schoolmates..best kan..sambil berbusiness dapat eratkan ukhwah. So far semua gadis-gadis gorgeous je..mana la si jejaka-jejaka ni?  Business ni not only for women..dah ramai abang-abang yg conquer the market with biozone food purifier tau..cepat contact me for business sharing:-)

The Millionaire Eagles

xoxo!

fadh hassan
017-304 5363

linkwithin